ahli cute miut

Saturday, December 26, 2009

tasbih Cinta"soundtrack"


"MENYESAL"

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku

bila hati tak lagi padaku

mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

kek coklat stawberi


ermmm...saya dah cuba kek nie,sedap gak...saya guna fresh strawberi yg di blend...mmg sedap..mai kita kongsi resepinya.

bahan2
200 gm tepung naik sendiri
230 gm mentega/butter
220 gm gula kastor
230 gm telur/5biji
1/2 sudu kecik esen vanilla
30 gm serbuk koko
50 gm susu segar
sedikit pewarna merah jambu
sedikit pes strawberi

cara2
1.panaskan ketuhar pada suhu 180c
putarkan tepung naik sendiri yg telah diayak bersama mentega
2.didalam mangkok berasingan putar telur dan gula sehingga likat
masukkan adunan ni kedalam tepung dan mentega tadi,masukkan esen vanilla
3.bahagikan adunan kepada dua
campurkan adunan serbuk koko dan satu lagi adunan masukkan perwarna merah jambu dan pes strawberi.
4.masukkan adunan tadi berselang seli.bakar pada suhu 180c selama 40minit

kek oren



Bahan A
* 280 gm tepung naik sendiri

Bahan B
* 180 gm gula kastor
* 4 biji telur
* 50ml susu segar
* 20ml jus oren/sebiji perahan oren
* 1 sudu besar pes oren
* sedikit parutan kulit oren

Bahan C
* 240 gm mentega

Cara2
1.pukul mentega sampai kemmbang dan gebu..ketepikan
2.dalam bekas lain,satukan bahan A dan B.kacau sebentar,kemudian kaup dan balikkan mentega ke dalam adunan ini.
3.masukkan ke dalam acuan.bakar pada suhu 200c selama 30minit

Friday, December 4, 2009

majlis pertunangan hany(adikku yg keempat)


selamat bertunang ma@hany,majlis berlangsung pada 28 dec 2009,majlis yg ringkas hanya menjemput saudara terdekat je...baru tunang nanti masa kenduri kahwin kita jemputlah ramai2 hahaha...walau pun ringkas tapi kami memberi 17 hantaran berbalas 17 juga dari pihat lelaki,maklumlah ramai yg nak sponser hehehehe


donuts


first time cuba buat donut...menjadi gak akhirnya,hubby comment sedap n lembut...mari kita kongsi resepinya ye...=)

*4 cawan tepung gandum(tepung donut)
*1 pek yis(sy guna mauripan)
*2 sudu susu krimer pekat manis
*setengah cawan marjerin
*1 biji telur
*4 sudu gula
*2 cawan air suam

cara2
*larutkan yis dan gula dalam 2 cawan air suam,sementara tunggu yis kembang...masukkan semua bahan tepung,telur,marjerin & susu dalam bekas gaul dan uli hingga menjadi doh...jika yis dah kembang masukkan yis dan uli hingga doh lembut...bentukkan dan biar ia naik gebu dan siap tuk digoreng.

Thursday, December 3, 2009

my first fondant cake



ermmm...nielah hasil dari kesabaranku...susah rupenye nak buat hahaha tapi dengan adanya keinginan aku buat juga sampai jadi...bila dah jadi wahhh rasa nak kuar air mata pun ada...cake fondant nie untuk majlis pertunangan adikku yg berlangsung pada raya haji lepas(2009)kira kek hantaranlah nie...kek nie adalah kek coklat yg dihiasi fondant biru dah bunga mawar pink.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...