ahli cute miut

Sunday, October 31, 2010

~Bebola Ayam~



biasa kalau hubby beli ayam mesti seekor..tp sy msk separuh jelah,tp yg separuh simpan tu adalah dikalangan isi2 ayam saje,yg slalu mmg org tk minat tang yg byk isi...huhuhu jadi nk masak pun jd tkut,(tkut tk habis)so sy buatlah sesuatu yg pada sy menariklahkan...ok sy buh resepinya nanti kome nk tokok tambah ke terpulang ikut kreativiti sndri ye.

bahan:
setengah kilo isi ayam
5-6 sudu tepung gandum
1 sudu lada hitam(ikut suka)
garam secukup rasa
ajinomoto(ikut suke jugak)
1/2 cawan air

cara:
potong dadu isi ayam dan kisar dngan 1/2 cwn air.
lepas kisar buh dlm mangkuk,msukkan semua bahan lain dan gaul sebati.(mmg agak melekit ye,boleh tambah tepung tp kalau tepung byk bebola akan jadi keras)
panaskan air dlm periuk,setelah air mendidih bulat2 kan bahan td ikut saiz yg disukai dah rebus hingga bebola td timbul...kira masaklah tu.
sesudah msak terpulanglah kalu suka sup terus je masak dlm air rebusan td dan kalau nk digoreng salut dengan serbuk roti celup dlm telur dan goreng.

selamat mencuba.

Hisss Trailer

macam best je cite ni...mai ramai2 kita layan filem ni asyik layan filem orang putih je kali ni tgk hindustan pulak...hahahaha happy deepavali.

Tertutup Buatmu - Wan Hardiah

lama tak dengar lagu ni hehehe weekend yg lepas gi red box saje2 buang masa karaoke ngan hubby dan anak2 terjumpa lagu ni...ape lagi nyanyilah...lagu ni lah buat sy jadi juara kali kedua karaoke radio ipoh perak yg pertama lagu ziana zain...dan yg ketiga lagu janji kekasih elly mazlin & lagu hetty salene huhuhu memori semua tu...layanzzz jelah lagu jiwang nie hehehehe

~Menghargai & Dihargai~

entahlah kadang2 terasa mcm penat sangat nak melayan kerenah2 sesetengah org ni...kita berusaha sedaya upaya...nak menjaga hati diorng tapi sedikit pun tak dihargaiii...aku tak kisah pun sebenarnya tapi kalau kita saje yg nak jaga hati org..hati kita ni sapa yg nak jaga...sendirilah jaga hati sendiri ye?huhuhu sedey2 yelah mana tknya...bila kadang2 tu dah terlampau marah dah mcm terase nak memaki je tiba2 hatiku berkata"sabar nana buat ape nak marah2 biarlah...ingat mak kamu kata ape?biarlah org buat kita sakit hati,jangan kita yg sakitkan hati org"downlah sikit kemarahan aku...bagus gak hati aku ni selalu menjaga hatiku hehehe...birlahkan kita yg menghargai org...suatu hari nanti orang yg tk pernah menghargai kita tu akan terasa yg kita sebenarnya harus dihargaiii...
sesetengah manusia ni kadang2 diaorang ni nak dihargai...tapi tak pernah nak belajar menghargai orng lain...payah org mcm ni,kadang2 kita je nak jaga hati meraka tapi depa buat tak tau ja...malas aku kadang2,biarlah aku mcm ni je...biasalah aku ni selalu je diketepikan...tapi kalau nak mintak tolong ke,nak guna kudrat aku ke...org perak kate kederat hehehe pandai pulak depe cari aku...ingat pulak nama aku,ade pulak save no telipon aku isk..isk...isk biasalah manusia nikan...biarkanlahhhhhh...kita cakap lebih2 nanti orang tetap ingat kita yg teruk...last2 kita gak yg buruk,pada hal diorg punya perangai tak reti nak cermin...selalu guna cermin tapi diorang tak nampak ape yg tak kena dengan diorang,bak kata pepatah"kuman kat seberang laut nampak,tp gajah yg depan mata mcm tak ade je...""paku dulang paku serpih mengata orang diaorang yg terlebih2"biarkannnnn huhuhuhu biarkannnnn...

renung2kan dan selamat beramal (eceh...hihihi)

Ayam goreng berempah



tiba2 pulak tekak ni terasa2 dan terbau2 ayam goreng berempah,teringat masa duk johor dulu mkn nasik lemak ayam berempah mmg maveles!!! hehehe...pagi tadi en suamiku beli seekor ayam so pe lagi create le resepi sendirikan...ok disini sy berkongsi resepi ayam goreng berempah,resepi ni bukan dari internet ye,resepi sendiri...pandai2lah nak tokok tambah ye!!!!=D

Bahan kisar/atau tumbuk:
3 batang serai
6-7 ulas bawang merah
1 inci halia/ikut sukelah
dua sudu serbuk kari
garam secukup rasa
pak aji pun secukup rase(ajinimoto kalau gunalah)
2 tangkai daun kari
satu sudu serbuk kunyit.
seekor ayam yg kecik

cara2:
basuh ayam tuskan airnya,tumbuk serai,bawang2,halia
masuk semua bahan tumbuk tadi,serbuk kunyit,serbuk karu ,garam,ajino dan daun kari gaul sebati dan perap selama satu jam.
sesudah satu jam goreng dengan api yg perlahan,siap masak hidang.

selamat mencuba!!!!

Friday, October 29, 2010

✿Edit✿lagi...♪lalalalalala♫❤lalalala♫♪❤‿❤

penyakit masa giat kat mspace dulu sudah mari..ayokkk...hihihi asyik nak ngedit gambar je...mcm2 nak di edit,nasiblah tak de photoshop kalau tak mmg anak2 sy puase...sian kat anak2 sy huhuhu kena mintak mamam hehehe anak2ku mama mu sudah siap masak ye...jangan ingat mama lupa ye sayang hihihi....edit2 jugak perut anak2 jangan dilupa...layan je!!!!

weee dany terbang!!!picture by mr hazarul ye!!!



ni edit kat picnik.com ye!!!



yg ni imikimi.com tgk nampak real tak en suamiku dengan angelina tu...ekekekekeke
sikit tu adat le ye dah name pun edit hihihi mari sama2 kita edit mengedit...!!!byk lagi tapi nak upload malehhhh huhuhu

Thursday, October 28, 2010

~Biar nampak jahat.. tapi baik~

Hahahaha...EN suamiku cerita,.. mlm tu dia lepak kat gerai mkan kongsinya yg lokasinya hanya didepan simpang tuuuuu je...hihihi dia kata si kawannya tegur dia "bro ko ni rambut panjang dah nampak macam org jahat dah aku tgk"....hehehehe dan En suamiku pun dengan senyuman berkata "bro biar nampak jahat tapi aku baik...jangan nampak baik tapi jahat"...huhuhu si kawannya pun bangun dan terus berlalu,kira angkat kaki le tu...(si kawannya tu makan cili hah...hah...hah)
si kawannya ni mmg anti ngan En suamiku,tak tahulah sebab ape tapi ramai dah kawan2 satu taman yg berkata bergitu...dan ramai jugaklah yg sudah bercerita tentang itu dan ini pasal si kawannya ini...hahahaha si kawannya ini kira talam le A.k.a lalang mana angin bertiup disitulah dia beralun huhuhu itu org2 taman ni yg kata...itulah sbbnya En suamiku tak berapa nk melepak dengan kawan2 kongsinya...sbb boleh mendatangkan fitnah atau dosa2 yg tak disengajakan...baik dok umah layan poker kat fb..hehehehe...

Wednesday, October 27, 2010

Hamsterku beranak lagi

today is wednesday hahahaha...pagi2 tadi masa nak sidai kain aku macam biasa menjengok hamster ku,nampak mcm biasa je..sihat dah kuat makan tiga-tiga ekor pun...
pastu adalah dalam 3 jam selepas tu aku tgk dari pintu umah je...terkejut gak aku,aku nampak yg si chinno tu nampak gemok dari biasa.."aik kamu mengandung ke chinno..lain mcm je aku tgk"...chinno cuma mengembang kempiskan idungnye...kot2 dia kata "ade aku kesah"hahahahaha.
dan sejam selepas aku tegur si chinno tu...EN suami.."aikkk udah bersalin pulak kamu"huhuhuhuhu....entah bila masa dia beranak aku pun tak tahu...tiba2 je udah selamat melahirkan kembar 6 ekor...tahniah le!!!(hihihi)anak yg sulung dulu udah tinggal sekor je yg dua ekor mati tak cukup susu kot...oklah kat sini aku upload gambar anak2 deme yew...layan jew lew ekekekekeke

yg nilah pasangan sejoli cappu & cinno


ha tu yg tengah pandang camera tulah cappu


keluarga hamster yg bahagia



ahli baru



enam ekor anak2 cinno yg fresh



yg ni anak2 yg dulu dua dah mati

Tuesday, October 26, 2010

Ulang tahun perkenalan


Berkongsi tarikh yg sama...hari jadi mama dan tarikh aku bertemu boypren aku yg kini telah pun menjadi suamiku tercinta...Genap 10 tahun beb,10 tahun kami sudah mengenali hati budi masing2,dugaan,cobaan segalanya dah kami lalui bersama,susah senang,menangis ketawa bersama...selama 10 tahun ku kenal dia...saat ini aku bahagia dan gembira..semoga kita akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa,kalau diizinkan biarlah kita sehidup semati.

HaPpY BirthaDay maMa

Hari ni genap 57thn umur mama...selamat hari jadi mama semoga allah panjangkan usiamu,murahkan rezekimu dan semoga allah lindungimu selalu...kami anak2mu sayangkan mama...love u soooo much.

Friday, October 22, 2010

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

copy by:by Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

Tips untuk menjadi wanita solehah

Menjadi wanita solehah adalah harapan setiap wanita muslimah. Adalah suatu keinginan yang mulia jika kamu ingin menjadi wanita solehah.

Saat ini ada banyak buku-buku yang membahas bagaimana cara menjadi wanita solehah.

Sebenarnya menjadi wanita solehah bukanlah susah seperti apa yang disangkakan. Perkara asas yang perlu ada ialah kekuatan iman dan usaha.

Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan tentang bagaimana cara menjadi wanita solehah, iaitu :

1. Selalu belajar

Belajar adalah kunci utama untuk bisa menjadi wanita solehah. Ada banyak cara untuk belajar. Contohnya dengan membaca buku, mengikuti class agama ataupun dengan cara yang lain.

2. Pandai menguruskan waktu

Mengelola waktu adalah kunci untuk menjadi wanita yang solehah. Wanita memiliki banyak peranan dalam hidupnya. Seperti melayan suami dan anak-anak oleh sebab itu kamu harus pandai menguruskan waktu dengan baik agar kamu dapat menjalankan semua tanggungjawab dengan sukses. Sesibuk mana pun wanita itu samaada di rumah,dikolej,disekolah atau ditempat kerja, tidak ada alasan untuk kita meninggalkan setiap kewajiban yang disuruh Allah.

3. Taat kepada suami selagi masih dalam kebenaran

Mentaati suami adalah wajib, sepanjang suami dalam kebenaran. Wanita solehah selalu taat pada suami, selama suami dalam posisi yang benar. INGAT! Taat bukan bererti pasrah menerima apa adanya.

3.Taat kepada ibubapa (bagi yang belum berkahwin)

Berbakti pada ibubapa merupakan satu ibadat oleh itu taatilah kedua orang ibubapamu.Senangkanlah hati mereka kerana merekalah yang telah melahirkan dan mendidik kamu.Jangan mengherdik dan menyakiti hati mereka.
Allah berfirman : Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( Surah al-isra’ : 23)

4. Mempunyai peribadi yang baik

Wanita solehah mempunyai pribadi yang baik. Untuk mempunyai peribadi yang baik, kamu perlu melakukan setiap kewajiban dan suruhan Allah serta menjauhi dari semua larangannya. Contohnya , sembahyang, puasa, menutup aurat dan lain- lain.

copy dari:Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”


Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.


Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*

~Aira~

mira:kau nak dengar satu cerita tak?

aira:hah!!! cerita ape?

mira:yelah aku nikan ke sepupu laki kau,aku rasa kau perlu tahu jugak cerita ni...

aira:cerita ape ni mira...ishh kau jangan buat suspen pulak...

mira:kau nak dengar tak?

aira:yelah mestilah aku nak dengar....

mira:tapi kau jangan tanya sapa2 pulak lepas tahu cerita ni...

aira:kau nak cerita ke tak nak ni?????

mira:kau janji dululah..

aira:ok2 aku janjilah...hah cite2

mira:kau tahu tak dulu mak laki kau tu bukannya suke kat kau pun...

aira:ish kau ni mira kenapa reka cerita bukan2 ni...?

mira:ye aira aku tak tipu atau reka2 ceritalah...kau tu bukannya menantu pilihan tau tak...

aira:sebab..????

mira:sebab kau tu kerja kilang...minah kilang,tak berduit...

aira:tapi mereka semua baik dengan aku,aku rasa bahagia sejak kawin dengan zakri...zakri tak pernah cerita ape2 tentang itu,yang aku tahu aku diterima dalam keluarga mereka...

mira:itu kata kau...sebenarnya mereka bukannya suke pun ngan kau tu,depan kau
baiklah...belakang kau,kau tahu ke?

aira:itu aku tak tahu pulak....tapi mana kau tahu mira yg mertua aku tak suka kat aku...????

mira:ermmm..ermmmm adalah aku tahulah dari sumber2 yg boleh dipercayaiiii...

cerita ni sebenarnya tentang si mira yg sedari dahulu menaruh hati kat suami si aira tu...dia seboleh2nya nak aira dan zakri berpisah...lalu mira mereka satu cerita yg bukan2...yg ni babak pertama percubaannya yg tak menjadi...ape yg akan mira lakukan untuk pisahkan mereka berdua nantikan!!!!coming soon ekekekekeke

Tuesday, October 12, 2010

design coklat terbaruku...

terbaru!!! aku saje je try chocolate bouquet...idea ni aku tiru dari flower bouquet with mini teddy bear dari jusco hari tu..nampak cute,aku try lah tukarkan fresh flower tu dengan choc roses saiz xL nampak ade feeback dari customer dan sudah ada tempahan tu 18hb ni...layan gambar ni.



cantik tak?
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...