ahli cute miut

Wednesday, February 29, 2012

Hati seorang wanita.



assalammualaikum
jom share entri hari ni dari kisah wanita

Hati Seorang Wanita

Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita amat tabah .

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

- Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris..-

ayah ...


ayah kenapa ayah pergi dulu?
kenapa ayah tak tunggu adik,kita pergi sama2
ayah...
ayah tahu tak yg adik rindu sangat dengan ayah,
adik tak boleh nak kemana2 tanpa ayah,
mak dah tak sayang adik
mak asyik kerja,mak kata nak cari duit,
kadang2 sampai mlm baru mak balik,
ayah baliklah ayah kenapa ayah tak nak bawak adik dengan ayah?
kenapa ayah???
ayah dah tak asayang adik ye,sbb adik nakal ye,
adik minta maaf ayah sbb adik kereta tu langgar ayah...
ayah adik janji adik takkan minta aiskrim lg,
adik nk ayah....
baliklah ayah...
dtg ambil adik...
adik nak ikut ayah...
bawaklah adik ayah...

Monday, February 27, 2012

saya sayang mama & mak saya


assalammualaikum semua...salam satu malaysia.

hari ni akak nk share satu entri yg dicopy hihihihi dari kisah wanita
jom kita baca...tp kenapa ek tajuk entri akak mama & mak saya???(soklan jwb sendiri ek)sbb mama ialah mak akk sendri dan mak ialah mak mertua akk...akak sayang dua2 jd masakkan mama dan mak adalah yg terbaik dan tersedap didunia...hihihihi termasuklah masakkan akk dan ibu2 lain ekekekeke bolehkan sbb akk pun seorang "IBU".
jom baca entri di bawah...=D

Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D

Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

Tuesday, February 21, 2012

berdoa & sedekah untuk yg tiada

Assalammualaikum
entri hari ni mcm biasalah copy & paste tuk renungan kita bersama.



Dalam hidup kita kadang2 kita lupe yg kita hidup kat dunia ni hanyalah sementara je,kdng2 kita lupe dan alpa,leka dngan keduniaan lupa pada alam kekal.
bercerita berdasarkan pengalaman...
suatu petang semasa berada di kampung rumah ibuku...antara jaga dan lena aku dikejutkan dengan suara arwah ayah...aku lantas bangun dan menuju ke pintu...ya allah ayah dengan kusut masai baju koyak rabak...meminta "nak boleh bagi ayah dua kupang,ayah lapar lama dah ayah tak mkn"...aku tersentak dan terjaga dari mimpi diantara lena dan jaga itu...seolah2 realiti bertemu arwah ayah...aku menagis ya allah apa maksud mimpi ini...lepas dari mimpi itu aku gelisah,kenapa aku mimpi arwah berkeadaan sedemikian rupe...kusut dan serabutnye aku,lalu aku ceritakan hal itu pada ibu,sambil menangis ibu berkata...arwah ayah susah disana,kenapa anak2 ibu tk sedekahkan doa pada ayah bacakan yasin sedekah kat ayah,doa anak2 cepat sampai kepadanya...ya allah sedihnya bila dengar kata2 ibu itu...
disubuh hari kami adik beradik menunaikan solat dan berdoa semoga roh ayah dicucuri rahmat yg esa,semoga ayah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan kami adakan kenduri tahlil,sejak dari itu aku takut meninggalkan solat walau satu waktu pun...seminggu selepas itu aku bermimpikan arwah ayah dengan wajah yg sangat cantik dan bercahaya ayah kelihatan muda dengan senyumannya tanpa berkata2...ya allah sesungguhnya kau maha segalanya..sesungguhnya doa anak2 itu sedekah tuk ibu bapa dialam sana.
ibu bapa zaman kini kdng2 lupa dan tak ambil berat tentang didikan agama tuk anak2...sesungguhnya pabila kita sudah tiada didunia doa anak2 jugalah bekalan tuk kita disana.

Thursday, February 16, 2012

untuk para ISTERI

assalammualaikum adik2 comel dan kawan2 yg jelitas
jom share entri hari ni jom
untuk isteri2 dan bakal isteri =)
dan seperti biasa copy & paste tu rujukan=)

Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


gambar hiasan ahaks

Wednesday, February 8, 2012

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah?????



assalammualaikum
walaupun cite ni dah lama tp akk baru terbaca kisah kenapa pengasas sendayu tinggi ni berpurdah jadi akk copy & paste tuk panduan diri sendiri dan share pada yg tak baca lagi...

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah?

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia...

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua

Thursday, February 2, 2012

Doa rumahtangga bahagia




assalammualaikum adik2 tomel...kawan2ku yg jelitas hihihihi
hari ni akak nk share petua doa rumahtangga bahagia ye=)


Si isteri sedang sibuk di dapur menyiapkan asam pedas makanan kegemaran suaminya untuk dihidang balik rehat nanti..

Isteri : Bismillah, Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin(3x)..Ya ALLAH, sahaja aku niat memasak keranaMU, moga dgn kalimahMU ini bertambah sedap masakan ini dimakan suamiku, bertambah kasih sayangnya padaku, bertambah sihat serta rukun rumah tangga kami dunia akhirat.

* Setiap kali masak, niat kerana ALLAH dan berdoalah. INI PETUA SUAMI TAMBAH SAYANG, RUMAH TANGGA AMAN (^^)copy & paste jer dari{pakar diari hati}

ChOcOlate cakE mOist mOist




assalammualaikum kawan2,adik2 yg comel hihihi
entri hari ni akak nak share resepi kek yg sangat mabeles ye...akak dapat dari blog potretkasih mmg best cabe le ye...

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko
4 sudu besar susu tepung
2 1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gula perang
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
2 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara Penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...