ahli cute miut

Wednesday, November 13, 2013

TEPUNG AMAZING YG MMG AMAZING.

assalammualaikum reader semua...

lamanye tak update blog sunyi sepi akak ni...biasa la akak bz sesangat skrg ni hihihi (bzlah sangat)
sebenarnye akak bz jual tepung hihihihi tepung ape????

TEPUNG AMAZING ALMONDKISS COOKIES.
ooo mak aiiii besarnye kan kan...
inilah tepungnye...ramai yg kenal tepung ni dan ramai dah berjaya menjana pendapatan sampai puluh belas ribu...ALHAMDULILLAH kan dengan berkat rajin dan usaha mereka berjaya...mcm tu la yg akak nak..skrg sedang berusaha IN SHAA ALLAH.


mudah sangat nak buat cookies ni hanya campurkan 125gram butter (satu buku buttercup 250g bahagi 2) dan sebiji telur great B...kenapa B sbb kalau A putih dia banyakkan so kita pakai B dah cukup...senang ke senang?

tgk tu dari hanya tepung amazing almondkiss cookies ni boleh buat perbagai jenis cookies yg sedap dan rangup...hanya campurkan perasa je best ke best? hihihihi
so ape tunggu lagi jom order skrg whatsaap je  013-2449044 (nana)

kalau berminat nak jadi agent sangat2lah di alu2 kan.
pendaftaran hanya RM 100 dan ada hadiah menanti anda.
T & C apply.


Sunday, March 24, 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

ASSALAMMUALAIKUM
hari ni akak nak copy and paste entri ni akak copy dari fb IslamIsALife...benda ni kadang2 kita terlepas pandang,selalu mengeluh tp tak tau ape yg kita dah lakukan...oklah entri2 yg mana akak copy dan paste di blog akak ni adalah lebih dari untuk peringatan diri sendiri dan sharing pada kawan2 dan adik2...
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Tuesday, March 19, 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

assalammualaikum
jom kita amalkan ye kawan2

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapka...n "La hawla Wala Quwwata Illa Billah."
(HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

PETUA ANAK PINTAR

assalammualaikum...

malas je nk update blog akak yg sepi ni hihihi...apa2 pun akak nk buh entri ni jom kita amalkan sama2 bagi yg ada anak yg tak de boleh practice ye.


PETUA-PETUA ANAK PINTAR!!

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Insyaallah selamat mencuba!

DON'T FORGET TO SHARE!!!!
SHARING IS CARING

Thursday, January 31, 2013

BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

assalammualaikum.... hari ini akak nak share satu entri yg sangat berguna kepada kita...ada jugak dikalangan kita yg terlepas pandang termasuklah akak...bila orang tua2 kata tak baik cantum nama kita dengan suami...tak nak dengar kan kan degil,mesti nak menjawab mana hadisnya huhuhuhu so akak share disini hadithnya: Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. " Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini? Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya. Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya. Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asaknya Michelle LaVaughn Robinson, DLL.. Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” (HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)
#Meraih Mawaddah Allah#

Saturday, January 19, 2013

tahun baru 2013

assalammulaikum wahai reader sekalian... lamanya akak tak update blog sunyi ku ini...ermmm kenapa yek??? sendiri jawab yek...hihihihihi sebenarnya masuk je tahun 2013 akak mula lah bz(sibuk)...maklumlah anak2 dah mula kembali ke sekolah...yang si abang sekolah sesi pagi dan si adik masuk sesi petang,jadi akak mmg sgt bz dan kena hargai masa skrg ni hihihihi ayat poyo... bangun awal dah tentulahkan...sbb nak siapkan bekal dan sarapan tuk anak2 dan suami,akak mmg galakkan anak2 bawak bekalan ke sekolah...bukan sebab makanan kat sekolah tak bekhasiat tetapi akak nak anak2 akak belajar berjimat cermat a.k.a menabung...melentur buluh biar dari rebungnye kan...hihihi alhamdulillah awal2 tahun ni nampak jugaklah hasil yg baikkan...harapannya akan berterusan sampai meraka dewasa kelak...in sha ALLAh. masuk tahun baru ni semua pun pasang azam dan cita2 baru...tapi akak ni cuma satu jelah ,harapan ingin melihat anak2 cemerlang dalam pelajaran,in sha ALLAH,semoga ALLAH memberkati kami sekeluarga.amin
hanya gambar hiasan ahaks!!!!hihihi
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...