ahli cute miut

Thursday, October 22, 2009

Kek coklat Basah(kukus)


resepi ni aku ambil dari internet,dah bayak kali aku cuba memang sedap

Bahan A
* 1 cawan serbuk koko (van hauten)
* 1 cawan susu isian(cair)
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 cawan gula
* 1 cawan minyak masak
* 3 biji telur
Bahan B
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil soda bicarbinet
* 1 sudu kecil baking powder
(semua bahan diayak)

cara2
* Campur serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
* Panaskan periuk kukus berisi air secukupnya.
* Tepung, soda bicarbonate dan baking powder di ayak.
* pukul telur hingga kembang dlm mangkuk yg besar kemudian tuangkan campuran koko tadi sambil dipukul dengan speed perlahan (masih dengan mixer pemukul telur tadi).
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga hilang dari pandangan dan sebati.
* Tuang dalam acuan yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya atau dialas dengan kertas minyak didasarnya.
* Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Penutup periuk kukus mesti dibalut dengan kain bersih utk mengelakkan wap menitik di atas kek.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...