ahli cute miut

Thursday, October 22, 2009

Makanan Kegemaranku"laksa"


ok laksa memang sedap sioootttt hehehe
laksa nie bukan saja makanan kegemaran saya tapi seisi keluargaku menyukainya,dari itu mari kita kongsi resepinya

Bahan untuk kuah
* 1 kilo ikan kembung(di rebus dan diasingkan tulang)
* 1 tin sardin tin (masuk bersama kuahnya)
* 1 ikat daun kesum (dlm angaran 50sen)
* 3-4 kuntum bunga kantan
* 3 biji bawang besar
* 20 tangkai cili kering (ikutlah kalau nak pedas tambah)
* sedikit belacan
* 2-3 batang serai
* asam keping
* garam dan serbuk perasa
* laksa basah atau kering
Bahan B
* timun
* daun salad
* cili merah/cili api
* bawang
* limau kasturi
* ikut kesukaan anda =)

cara2
* rebus ikan kembung bersama asam keping,dah sejuk asingkan tulang,campur sardin tin dan ramas ikan..tulang jgn dibuang kisar tulang dan perah airnya.
* kisar bawang.cili kering dan belacan.
* masukkan daun kesum,bunga kantan,asam keping dan serai yg diketuk kedalam periuk bersama semua bahan diatas,tambah air kacau sampai masak...
* celur laksa dan tus,dah siap semua bolehlah hias dan sedia dimakan

1 comment:

  1. makanan kegemaran ku juga....tersanggat gemor bebeno...hari2 laksa pun no hal hehehehehehehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...