ahli cute miut

Thursday, May 24, 2012

Khasiat buah nenas (pineapple)

assalammualaikum.. lamanye akak tak update blog sesuka suki akak ni...rindu lak nak update tp keBZan akak dan keadaan kesihatan yg membuatkan blog ni tak berupdate hehehehe...so hari ni akak nak kongsi pasal khasiat buah nenas. mesti ramai yg mengemari buah nenas nikan...rasenye yg masam manis mmg mengiurkan...kadang2 baunye saje dah terliurrr jom kita baca entri ni ye... Buah nanas serupa dengan buah-buah yang lain iaitu rasanya yang sangat manis. Buah nanas juga sering dibuat sebagai bahan dalam masakan seperti masakan gulai nanas, masakan ikan sweet sour dan lain-lain lagi. Secara faktanya nanas adalah tumbuhan asli berasal dari Brazil,Bolivia,dan Paraguay. Nanas merupakan tumbuhan kumpulan bromeliad(Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah macam herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal.
Khasiat Nanas Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain .Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Perubatan Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung. Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi. Melayukini.net - Buah nanas memang sedap dimakan. Namun demikian, jika makan terlalu banyak dalam satu-satu masa kita akan merasa lidah kita seperti rasa kurang selesa. Sukar hendak mencari perkataan yang sesuai. He He. Walaubagaimanapun, buah nanas ternyata kaya dengan khasiatnya. sumber dari Melayukini.net

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...