ahli cute miut

Tuesday, October 26, 2010

Ulang tahun perkenalan


Berkongsi tarikh yg sama...hari jadi mama dan tarikh aku bertemu boypren aku yg kini telah pun menjadi suamiku tercinta...Genap 10 tahun beb,10 tahun kami sudah mengenali hati budi masing2,dugaan,cobaan segalanya dah kami lalui bersama,susah senang,menangis ketawa bersama...selama 10 tahun ku kenal dia...saat ini aku bahagia dan gembira..semoga kita akan kekal selamanya hingga ke hujung nyawa,kalau diizinkan biarlah kita sehidup semati.

HaPpY BirthaDay maMa

Hari ni genap 57thn umur mama...selamat hari jadi mama semoga allah panjangkan usiamu,murahkan rezekimu dan semoga allah lindungimu selalu...kami anak2mu sayangkan mama...love u soooo much.

Friday, October 22, 2010

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

copy by:by Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

Tips untuk menjadi wanita solehah

Menjadi wanita solehah adalah harapan setiap wanita muslimah. Adalah suatu keinginan yang mulia jika kamu ingin menjadi wanita solehah.

Saat ini ada banyak buku-buku yang membahas bagaimana cara menjadi wanita solehah.

Sebenarnya menjadi wanita solehah bukanlah susah seperti apa yang disangkakan. Perkara asas yang perlu ada ialah kekuatan iman dan usaha.

Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan tentang bagaimana cara menjadi wanita solehah, iaitu :

1. Selalu belajar

Belajar adalah kunci utama untuk bisa menjadi wanita solehah. Ada banyak cara untuk belajar. Contohnya dengan membaca buku, mengikuti class agama ataupun dengan cara yang lain.

2. Pandai menguruskan waktu

Mengelola waktu adalah kunci untuk menjadi wanita yang solehah. Wanita memiliki banyak peranan dalam hidupnya. Seperti melayan suami dan anak-anak oleh sebab itu kamu harus pandai menguruskan waktu dengan baik agar kamu dapat menjalankan semua tanggungjawab dengan sukses. Sesibuk mana pun wanita itu samaada di rumah,dikolej,disekolah atau ditempat kerja, tidak ada alasan untuk kita meninggalkan setiap kewajiban yang disuruh Allah.

3. Taat kepada suami selagi masih dalam kebenaran

Mentaati suami adalah wajib, sepanjang suami dalam kebenaran. Wanita solehah selalu taat pada suami, selama suami dalam posisi yang benar. INGAT! Taat bukan bererti pasrah menerima apa adanya.

3.Taat kepada ibubapa (bagi yang belum berkahwin)

Berbakti pada ibubapa merupakan satu ibadat oleh itu taatilah kedua orang ibubapamu.Senangkanlah hati mereka kerana merekalah yang telah melahirkan dan mendidik kamu.Jangan mengherdik dan menyakiti hati mereka.
Allah berfirman : Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( Surah al-isra’ : 23)

4. Mempunyai peribadi yang baik

Wanita solehah mempunyai pribadi yang baik. Untuk mempunyai peribadi yang baik, kamu perlu melakukan setiap kewajiban dan suruhan Allah serta menjauhi dari semua larangannya. Contohnya , sembahyang, puasa, menutup aurat dan lain- lain.

copy dari:Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

5 Cara Dandanan Dan Menghias Diri Muslimah Yang DILARANG Dalam Islam

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”


Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.


Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*

~Aira~

mira:kau nak dengar satu cerita tak?

aira:hah!!! cerita ape?

mira:yelah aku nikan ke sepupu laki kau,aku rasa kau perlu tahu jugak cerita ni...

aira:cerita ape ni mira...ishh kau jangan buat suspen pulak...

mira:kau nak dengar tak?

aira:yelah mestilah aku nak dengar....

mira:tapi kau jangan tanya sapa2 pulak lepas tahu cerita ni...

aira:kau nak cerita ke tak nak ni?????

mira:kau janji dululah..

aira:ok2 aku janjilah...hah cite2

mira:kau tahu tak dulu mak laki kau tu bukannya suke kat kau pun...

aira:ish kau ni mira kenapa reka cerita bukan2 ni...?

mira:ye aira aku tak tipu atau reka2 ceritalah...kau tu bukannya menantu pilihan tau tak...

aira:sebab..????

mira:sebab kau tu kerja kilang...minah kilang,tak berduit...

aira:tapi mereka semua baik dengan aku,aku rasa bahagia sejak kawin dengan zakri...zakri tak pernah cerita ape2 tentang itu,yang aku tahu aku diterima dalam keluarga mereka...

mira:itu kata kau...sebenarnya mereka bukannya suke pun ngan kau tu,depan kau
baiklah...belakang kau,kau tahu ke?

aira:itu aku tak tahu pulak....tapi mana kau tahu mira yg mertua aku tak suka kat aku...????

mira:ermmm..ermmmm adalah aku tahulah dari sumber2 yg boleh dipercayaiiii...

cerita ni sebenarnya tentang si mira yg sedari dahulu menaruh hati kat suami si aira tu...dia seboleh2nya nak aira dan zakri berpisah...lalu mira mereka satu cerita yg bukan2...yg ni babak pertama percubaannya yg tak menjadi...ape yg akan mira lakukan untuk pisahkan mereka berdua nantikan!!!!coming soon ekekekekeke

Tuesday, October 12, 2010

design coklat terbaruku...

terbaru!!! aku saje je try chocolate bouquet...idea ni aku tiru dari flower bouquet with mini teddy bear dari jusco hari tu..nampak cute,aku try lah tukarkan fresh flower tu dengan choc roses saiz xL nampak ade feeback dari customer dan sudah ada tempahan tu 18hb ni...layan gambar ni.



cantik tak?
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...