ahli cute miut

Friday, October 22, 2010

Tips untuk menjadi wanita solehah

Menjadi wanita solehah adalah harapan setiap wanita muslimah. Adalah suatu keinginan yang mulia jika kamu ingin menjadi wanita solehah.

Saat ini ada banyak buku-buku yang membahas bagaimana cara menjadi wanita solehah.

Sebenarnya menjadi wanita solehah bukanlah susah seperti apa yang disangkakan. Perkara asas yang perlu ada ialah kekuatan iman dan usaha.

Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan tentang bagaimana cara menjadi wanita solehah, iaitu :

1. Selalu belajar

Belajar adalah kunci utama untuk bisa menjadi wanita solehah. Ada banyak cara untuk belajar. Contohnya dengan membaca buku, mengikuti class agama ataupun dengan cara yang lain.

2. Pandai menguruskan waktu

Mengelola waktu adalah kunci untuk menjadi wanita yang solehah. Wanita memiliki banyak peranan dalam hidupnya. Seperti melayan suami dan anak-anak oleh sebab itu kamu harus pandai menguruskan waktu dengan baik agar kamu dapat menjalankan semua tanggungjawab dengan sukses. Sesibuk mana pun wanita itu samaada di rumah,dikolej,disekolah atau ditempat kerja, tidak ada alasan untuk kita meninggalkan setiap kewajiban yang disuruh Allah.

3. Taat kepada suami selagi masih dalam kebenaran

Mentaati suami adalah wajib, sepanjang suami dalam kebenaran. Wanita solehah selalu taat pada suami, selama suami dalam posisi yang benar. INGAT! Taat bukan bererti pasrah menerima apa adanya.

3.Taat kepada ibubapa (bagi yang belum berkahwin)

Berbakti pada ibubapa merupakan satu ibadat oleh itu taatilah kedua orang ibubapamu.Senangkanlah hati mereka kerana merekalah yang telah melahirkan dan mendidik kamu.Jangan mengherdik dan menyakiti hati mereka.
Allah berfirman : Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( Surah al-isra’ : 23)

4. Mempunyai peribadi yang baik

Wanita solehah mempunyai pribadi yang baik. Untuk mempunyai peribadi yang baik, kamu perlu melakukan setiap kewajiban dan suruhan Allah serta menjauhi dari semua larangannya. Contohnya , sembahyang, puasa, menutup aurat dan lain- lain.

copy dari:Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...