ahli cute miut

Wednesday, January 25, 2012

Bahaya kencing CIk T a.k.a Tikus


assalammualaikum semua.
jom kongsi2 entri hari ni..sharing to caring=)

[Info dari tawau] Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus).

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.

Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:

1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.

Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

jadi jng ternak binatang ini

Friday, January 20, 2012

Air DiCincang tak akan Putus

assalammualaikum/salam sejahtera...
entri hari ni seperti tajuk diatas...hihihi
rasenye sume pun tahu ape maksud "air di cincang tak akan putus".
selalunye berkaintan dengan adik beradik,ibubapa dan anak2...
Bekas suami or isteri...
bekas mertua,bekas kekasih (ex BF/GF),bekas kawan or sahabat...
tapi pernah tak kalian dengar istilah "bekas adik beradik kandung".??
rasenya sesiapa pun tak pernah dengarkan,dan mmg tak ada pun istilah
"bekas beradik kandung" betul tak?
Adik beradik adalah hubungan sedarah sedaging,boleh ke kita buang saudara kandung kita?tak bolehkan?kalau kita susah kita senang adik beradiklah tempat kita mengadu
dan kongsi segalanye...





Seorg suami- kita leh cari
Seorg isteri-pun kita leh cari
Kenkwn-lg la kita sgt2 leh cari
Mak ayah- kt mane kita leh beli???
Adik beradik- nk mnta kt sape?? Leh ke gnti2?
Oleh itu jaga lah hubungan adik beradik yg terbina antara kita...sesungguhnya hanya adik beradik dan ibu ayah ini yg akan kekal walau ape skali yg trjadi...I'm proud to be daughter of Damanhuri(arwah) & pn aini and 7 siblings..love & miss u all....no matter how stupid and annoying, they get they will always be my brothers & sisters
kredit to lensa zue =)

Thursday, January 19, 2012

Kuala Lumpur International Short Film Festival



KLISadalah nama singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang telah dianjurkan oleh syarikat KLIS NETWORK. KLIS ialah festival bertaraf antarabangsa yang mempertandingkan filem pendek dari seluruh dunia.Ia juga meupakan satu acara rasmi bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012.


MARTIAS ALI Founder KLIS
pic oleh Putera Remaja


Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Terdapat lebih 1136 penyertaan diterima dari 75 negara dan hanya 40 buah filem pendek sahaja terpilih ke peringkat akhir. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan.Sempena dengan KLIS yang akan datang. Untuk keterangan lanjut sila kehttps://www.facebook.com/klis2012
dan Bicara Mak Dara

Monday, January 16, 2012

Baby Saya Dan Bettermoms Bamboo cloth Diapers.

assalammualaikum...entri saya hari ni tentang baby saya dan Bettermoms bamboo cloth diapers
pada mulanya saya was2 jugak nak guna cloth diapers ni saya takut tak tahan lama bocorrrr je dan saya takut kalau2 bby iman dapat ruam...pada awal kelahiran(minggu pertama) iman saya pakaikan pampers pakai buang mami poko..naik ruam yg teruk...kesian bby iman mmg nmpak kesakitan bila basah...macam2 kaedah yg saya cuba, pakai krim ruam lampin lah,mak saya kata cuba buat tepung ubi tapi tetap sama jugak...sehinggalah saya terjumpa bettermoms bamboo cloth diapers on9 shop ni kat fb...selain dari design yg sangat comel BBCD ni murah...berbaloi saya beli,tak sampai seminggu ruam lampin Iman hilang alhamdulilah senang hatikan...selain menjimatkan Bettermoms Bamboo cloth Diapers ni sangat senang dicuci hanya pakai sabun cuci pinggan sunlight je...murahkan tak yah pakai sabun mahal2 dan yg paling saya suka Bamboo cloth Diapers ni cepat kering walaupun waktu hujan, masuk je dalam mesin basuh sidai kat branda rumah tak yah susah hati sbb hari hujan...mmg berbaloi dab sangat2 puas hati...tgk jelah gambar iman kat bawah ni=D


Iman sangat selesa bila pakai Bettermoms Bamboo cloth Diapers ni...smart tak???tak yah pakai baju pun nmpak kemas...=D


Yang ini adalah design yg paling mama iman suka pakaikan hehehehe
"jom main dengan Iman ngeeee"....


kecik2 dah pakai jeans kan...kau ade ??? hehehehehe
dan yg paling best Bamboo cloth Diapers ni boleh adjust dari saiz S,M dan L,baguskan...so saya syorkan pada ibu2 dan bakal ibu cubalah Bamboo cloth Diapers dari Bettermoms Bamboo cloth Diapers


antara koleksi yg ade nanti nk tambah lg.pastikan baby anda tidur lena

Friday, January 13, 2012

Kes Ponteng sekolah.

entri hari ni dimulakan dengan 1 soalan:

Apakah yang patut anda lakukan sekiranya terlihat sekumpulan pelajar ponteng sekolah dan pelajar itu adalah anak2 jiran2 setaman?

a) menegur"weiiii ponteng tak ajak"...
b) lantaklah kau bukan anak aku.
c) telipon bagitau mak pak dia.
d) ade aku kesahhhhh.

ade jawapan lain tak?selain jawapan di atas....=)


Gejala ponteng sekolah bukan perkara barukan,dah lama benda ni terjadi dari zaman aku dulu dah biasa dengar pasal ponteng2 sekolah ni...terjadi pagi tadi seorang anak jiran aku ponteng sekolah bawak member2 sekali ponteng kat rumah dia,mulanye serba salah juga la tapi bila terkenang balik pesan mak bapak budak tu hubby terus call jiran ni bagitau perihal anaknye yg ponteng sekolah..bukanlah nak jaga atau nk sibuk hal org lainkan...tapi rase keprihatinan tu yg membuatkan aku dan hubby terpaksa bagitau mak bapak budak ni...ponteng sekolah satu hal,merokok pulak tu...bawak kawan2 masuk rumah lepas tu mak pak dia mengadu yg duit dan barang berharga selalu hilang...kesian punya pasallah kami laki bini terpaksa menyibuk..selama ni diamkan je tp lama2 macam mengalakkan pulak nanti semakin rosak budak tukan...dah la anak sorang tu je dialah harapan mak paknye...bila dah call terus mak budak tu balik,ape lg terjahhhh lah...bertempik dia lintang pukang lari kawan2 si anak td...mak dia tanye "kenapa tak sekolah?jawapan si anak "malas"...yg si mak hantar anak smpai pintu gate sekolah...ingatkan kat sekolah jugaklah rupenye anak tgh syok lepak2 kat umah smbil merokok ish6...

semakin membesar anak2 semakin takut aku rase...aku pun ade anak jugak tak tau lg mcm mana nanti harap anak2 kita jadi insan yg terbaik...didikkan yg sempurna dan bimbingan yg baik perlu...kena selalu berkomunikasi ngan anak2 dirumah,semuanye bermula dari didikan yg baikkan...insyaallah akan ku didik anak2 ku dengan cara yg betul insyaallah.

Wednesday, January 11, 2012

Bersyukurlah


share dari seorang kenalan tersentuh bila tgk gambar ni,terbayang diri dan anak sendiri...terasa bersyukurnya aku ya allah kerana kau berikan aku dan keluarga ku rezeki yg melimpah ruah alhamdullilah...bersyukur sangat2 terbit keinsafan dlm diri.
Ada beberapa pekara yg tersirat di dalam gamba tersebut , ini bkn lucah ye tetapi ini adalah kenyataan.
** semiskin2 manusia tetap ada satu KEKAYAAN pada dirinya..*subhanallah*
** susu ibu adalah hak anak
** selagi terdaya dan selagi mampu , teruskan laa penyusuan, moga pic ni dpt beri inspirasi & semangat pada ibu2 baru....insyaAllah..

"hardcore breastfeed"

Anak perempuan & Isteri




Seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka. Begitu juga wanita yang sayangkan suaminya pasti akan menutup auratnya kerana tidak mahu suaminya juga diseret ke neraka.

peringatan untuk diri sendiri juga...
sharing is caring =D
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...