ahli cute miut

Thursday, March 8, 2012

10 yrs wedding anniversary.

assalammualaikum teman bloggers sekalian.
hari ni genap 10 tahun akak dan hubby melayari bahtera perkahwinan...10 tahun dah kami bersama dikurniakan 4org anak lelaki...segala suka duka,susah senang dikongsi bersama2,alhamdullillah segala dugaan sepanjang 10 tahun ni kami tempuhi dengan sabar dan hasilnya kami bahagia....amin bersyukur sangat2...
sempena anniversary kami yg ke10 tahun ni akak edit gambar untuk my hubby hehehehe sangat simple tp bermakna...
inilah dia

untukmu wahai suamiku...sayangku ,cintaku dan seluruh jiwaku hanya untuk mu(hehehe)
semoga kami kekal bahagia hingga ke akhirat...
semoga cinta kami tetap dan sentiasa direstui oleh yg esa...
semoga hari2 kami bersama cahaya mata sentiasa ceria dan gembira...
semoga segala dugaan yg mendatang dapat diharungi bersama selamanya...
semoga rezeki kami dipermudahkan...amin ya rabbilalamin.

Hari Wanita sedunia.

assalammualaikum blogger2 sekalian.
selamat hari wanita sedunia...

Wednesday, March 7, 2012

APUT THE SUPER VILAGE BOY

assalammualaikum blogger2 sekalian...adakan anda semua cute hari ni? hehehehe
entri hari ni akak nak minta jasa baik blogger2 sakalian jom kita sesama vote untuk Adza Edie Izwan
ni dia edie hensem dok...hihihi mcm hero korea


senang je caranye

1) Klik di link INI
2) Klik butang LIKE pada gambar itu

ni dia APUT THE SUPER VILAGE BOY

Haaa itulah karektor kartun yang dipertandingkan olehnya . Nama karektor tu ialah Aput The Super Village Boy.. Kebolehan Aput ialah membantu orang orang kampung dalam menyelesaikan masalah.. membantu kanak kanak yang dibuli, membantu binatang binatang dalam bahaya.. membantu awek awek dari dingorat.. membantu adik adik buat homework.. membantu beruk ambilkan kelapa.. membantu mak buat nasi lemak.. errrrr hahaha...

Jadi bagi yang sudi nak tolong tu... Tolonglah dengan vote untuknya ya.. Cara cara untuk vote ialah..seperti di atas ye...untuk tahu lebih lanjut sila ke SINI
Pada yang sudi untuk membantu mengundi jutaan terima kasih
sokongan anda sangai dihargai.
jom kita support dengan meng"like" picture Aput

Tuesday, March 6, 2012

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

assalammualaikum blogger2 semua...
entri akak hari ni menarik sikit...untuk yg sudah berumah tangga je ye,yg belum tu, tidur celah ketiak mak...hehehe
mcm biasa copy paste hahaha...jom kita baca Tips tu.

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.

(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.


gambar hanya hiasan je ye hihihi

pittssss:kadang2kan bukannye akak tak mau tidur kat atas lengan hubby tp ...akak takut hubby lenguh jer kesiankan hehehehehe.

Sunday, March 4, 2012

miming tu kira menipu kan...kan

assalammualaikum dan salam satu malaysia

entri hari akak nk marah lah sikit...hihihi sikit jew.
nak dijadikan cerite..malam tadi akak terpasang le channel 2 a.k.a rtm2 rancangan istimewa bersama Fauziah Latif...wah akak mmg minat dengan gee tu dari kecik lagi antara lagu faberet akak enggan dan dia...mmg meletopkan...TAPI yg akak terkilan tu kenapa dlm byk2 rancangan nyayian dia dulu mcm HMI(hiburan minggu ini) gee miming(gerakkan molot jer ala2 berlakon je yg dia nyanyi tapi hakikatnye pasang keset je)dan berbelas tahun baru sekarang akak tersedar yang selama ni akak kena tipu(tu masa kecik2 le hahaha mana tau pun kan)ada jugaklah yg tunjuk gee nyanyi live tapi mmg dia tak boleh nyanyi live rupenya...adoiii tp tak taulahkan mungkin ada sbb kot dia buat miming tp AKAK TERASA TERTIPU...tipan tertipu bang ekekekekekeke"[dtng dah MeroYAn akk']pinjam ayat mak dara ye....
bukan akak sorang je yg tertipukan ramaikan peminat gee yg tertipu...tp mmg zaman 90an dulu ramai penyanyi yg suke miming dari nyanyi live..yo yo OOO jer pegang mic bagai tapi yang adOOooookan...kalau tak boleh nyanyi live tak yah la jadi penyanyikan..tengok sekarang penyanyi2 dari rancangan realiti mcm Akedemi fantasia,mentor,OIAM kebanyakkan dari meraka2 ni semua suara sedap dan mmg mereka boleh nyanyi live...contoh Hafiz dapat anugerah vokal terbaik dua kali berturut2 dlm anugerah juara lagu...okkan peminat2 pun puas hati...tak rase tertipu pun...bukanlah akak cakap langsung tak boleh miming tp kenalah pada acara dan tempatnye...tp mmg skrg ni mana ade penyanyi yg miming lagi dah semua pun nyanyi live kecuali video klip hehehehe...

ape pun mungkin le ada sebab kot hihihi sebab ape?hanya mereka yg tahu...ape pun akak tetap minat sama Fauziah Latif tu i likeeee hehehe...dan tgk video klip penyanyi zaman 80-90an smlm hahahaha mmg sempoiii rambut diaorg semua ala2 serabut dan kusut masai kalau skrg ni duk buat fesyen tu mmg sah2 org kata mati laki hihihihi rase mcm nk gi sikatkan jek hahaha
Page Graphics, Tumblr Graphics

Saturday, March 3, 2012

Blog siapa yg tiap2 hari anda terjah...???

assalammualaikum adik2 dan kawan2 blogger sume.
entri hari ni pasal blog siapa yg tiap2 hari anda terjah...?
kalau akk blog yg mmg asal on9 jer mesti akk terjah,iaitu blog Bicara mak dara


ni dia header lama ye...saya sangat suke



yg ni header terbaru blog mak dara


blog mak dara ni best sbb kadang2 mak dara MEROYAN ye hihihihi jng mare mak dara...time tulah yg best tu hihihihi...dan mak dara a.k.a adza irdawati ni ialah seorang penulis skrip yg hebat juga..antara cerita yg saya suke zaharul vs zarina,Aidilfitri Di Bulan Syaaban dan byk lagi...kalau filem pulak"LIBAS" dan pemenang Anugerah Cerita Asal Terbaik FFM24(martias ali)tu somi mak dara...ape lg ye cite seram nek nak,saka dll.
akk kenal ngan mak dara dari zaman myspace fofuler dulu skrg ni mmg dah tak wujud dah acc myspace akk...mak dara ade lg ke? hihihihi nak kenal ngan mak dara???

inilah mak dara cantikkan...lekuk kat dagu tu yg mahal tu i likeeee


apa2 pun semoga mak dara sukses dalam bidang penulisan skrip drama dan filem dan dengar ceritanye mak dara nk tulis novel pulak...harap2 mak dara jdlah buat novelkan...saya akan beli novel mak dara...insayaallah,jomlah kita terjah blog mak dara.

Wednesday, February 29, 2012

Hati seorang wanita.



assalammualaikum
jom share entri hari ni dari kisah wanita

Hati Seorang Wanita

Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita amat tabah .

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

- Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris..-
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...