ahli cute miut

Friday, March 23, 2012

12 barisan manusia.. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

jauhi dari kita api neraka

Cinta

cinta...
kenapa kau selalu buat manusia keliru?
cinta...
kenapa ye kau ni kadang2 buat org gembira,kau buat org bahagia,kau buat org hargai kau cinta...
tp kdang2 kau buat org derita,merana,kecewa kau buat org gile!!!!kau mengelirukan cinta!!!
cinta kau penawar duka,kau penyeri kehidupan tapi dalam masa dan waktu yg sama kau durjana kadangkala kau pendusta dan kau penuh dengan kepalsuan...kau plastik!!!
kenapa kau buat itu semua cinta...kau buat aku bencikan kau,kau buat aku jijik,kau buat aku menangis..aku tak mahu kau wujud dalam hidup aku lagi...pergilah kau jauh2 dari ku cinta...pergiiiii

Thursday, March 22, 2012

si kenit mama


assalammualaikum adik2 blogger yg comel dan kawan2 blogger yg smart dan jelitas.
salam 1 blogger semalaysia.
entri akak hari ni pasal sikenit Iman...anak akak yg ke4 hihihihi (empat org anak akak U)
pejam celik...pejam celik iman dah pun 7 bulan,nama penuh sikenit ni MOHD DARWISH IMAN,iman skrg dah pandai mcm2 mungkin tak lama lg akan pandai duduk sendiri...syabas bete,Iman pun dah ada dua batang gigi(bawah)huhuhuhu itu buat akak ngeri ye...kenapa ngeriii?sebab Iman fully breastfeeding,tau2 jelah kan ape yg akak maksud kan ngerii tu...hehehehehe tp demi anak apa pun akak sanggup dan tak kisah janji anak sihatkan.
dua hari dah iman selsema dan ada tanda2 yg dia akan batuk jugak...risaunye kalau anak2 tak sihat,selama 7 bulan ni Iman mmg tak pernah demam cuma selsema je pastu dia akan ok...tp hari ni akak akan bawak Iman ke klinik mintak doctor ubat selsema dan ubat batuk...seboleh2nye akak tak suka bg anak2 ubat2tan ni tapi kalau dah tak sihat wajib bagi risau zaman skrg bukan je barang2 cangih tp penyakit pun cangih2 gak tu yg buat akak lg risau...dan sebab selsema jugak Iman susah nak tidor dan menyusu..Kesian chusyuk mama tu semoga Iman cepat sembuh ye...amin



Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

assalammualaikum semua salam 1 malaysia...

entri hari ni seperti tajuk diatas ye...sapa yg tak nakkan RM5000,cuba2 nasib...jom kita sertai bersama2 kalau nak tahu maklumat lanjut lagi jom klik sini

Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di bawah. Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.
senangka jom join=)

JIKA AKU PELAKON POPULAR

assalammualaikum..
entri hari ni hahahaha tu yg kat atas tu...join segmen MAK DARA.


ok ye JIKA AKU PELAKUN POPULARkan....hahahaha

NAMA GLAMOR DALAM DUNIA PERFILEMAN:

mariana damanhuri(akak bukan adik pelakon normah damanhuri okes hehehehe)

Genre filem yang anda mahu lakonkan.. seram,aksi, cinta dll?

genre YG akak nak lakonkan...epic film mcm lord of the ring,avatar ke hehehehe...tak pun yg akak minat cerita hantu akak yg jadi hantu tu...akak balas dendam hahahahahaha ekekekekekeke takot x...takot x

WATAK YG DIIDAMKAN:

watak yg akak idam2kan dah tentulah heroinkan hahahahaha sape yg tak nk jd watak utama (hihihihihi perasaan lk akak)

Siapakah yang anda mahu menjadi Hero atau Heroin untuk berlakon di samping anda dalam filem itu?

hahaha yg ni akak suko akak nak berlakon di samping robert pattinson Aaron aziz la hahahaha hero idaman tu ataupun yg sesuailah ekekekekek janji mampu menjiwai watak sebagai hero akak ahaks.

so sesapa yg nk join cepat2 dah nak tutup ni...harap2 akak sempat la sertainye.

Thursday, March 15, 2012

Dugaan dan ujian itu tanda allah sayang.


allah sentiasa akan menduga umatnya...tak terkecualilah akak...baru2 ni mak akak dimasukkan ke wad sebab diabetis tahap gula dan darah terlalu tinggi...alhamdulillah mak akak Discharge hari ahad lepas...walaupun nmpak sihat tapi badannya still lemah dan perlukan pengawasan di rumah takut mak akak terjatuh...doktor kata sangat bahaya untuk dia.
siang tadi hubby pulak admitted kat hospital kajang sebab patah pergelangan tangan kanan...doktor kata tulang besarnya patah satu,kalau ok just simen je tapi kalau tak ok kena operation buh besi,kiri kanan patah dulu tangan kiri sebab jatuh main takraw tadi tangan kanan sebab jatuh masa buat keje...mudah mudahan tak payah operatelah...semua yg berlaku ketentuan allah...dugaan dan ujian tu tanda yang allah sayang kita...semoga mama dan hubby cepat sembuh...amin.

Thursday, March 8, 2012

10 yrs wedding anniversary.

assalammualaikum teman bloggers sekalian.
hari ni genap 10 tahun akak dan hubby melayari bahtera perkahwinan...10 tahun dah kami bersama dikurniakan 4org anak lelaki...segala suka duka,susah senang dikongsi bersama2,alhamdullillah segala dugaan sepanjang 10 tahun ni kami tempuhi dengan sabar dan hasilnya kami bahagia....amin bersyukur sangat2...
sempena anniversary kami yg ke10 tahun ni akak edit gambar untuk my hubby hehehehe sangat simple tp bermakna...
inilah dia

untukmu wahai suamiku...sayangku ,cintaku dan seluruh jiwaku hanya untuk mu(hehehe)
semoga kami kekal bahagia hingga ke akhirat...
semoga cinta kami tetap dan sentiasa direstui oleh yg esa...
semoga hari2 kami bersama cahaya mata sentiasa ceria dan gembira...
semoga segala dugaan yg mendatang dapat diharungi bersama selamanya...
semoga rezeki kami dipermudahkan...amin ya rabbilalamin.
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...