ahli cute miut

Monday, January 9, 2012

Punca Kurang Rezeki


assalammualaikum/salam sejahtera
"entry ni saya copy and paste dari blog "MAK DARA"
sama2 kita renung2kan dan selamat beramal


Punca Kurang Rezeki:


1. Tidak mengingati Allah swt
2. Meninggalkan solat 5 waktu
3. Enggan membayar zakat
4. Derhaka kepada ibu-bapa
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
6. Banyak dosa besar
7. Makan harta riba
8. Makan harta anak-yatim
9. Suka berbohong/ menipu
10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
11. membiarkan ahli keluarga derhaka
12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki – jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc…dan beliau menambah…”burung2 susah nak terbang” – ini kata-kata beliau sendiri ya…kalau tak faham tanyalah Dato’…hehehe)
13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
14. Suka mengadu-domba
15. Suka menabur fitnah

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo’a
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah – di waktu malam
3. Taat/patuh kpd orang tua
4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur mengingati Allah)
5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
6. Melakukan Solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka – masalah selesai – hati menjadi lapang)
7. Tawakkal kepada Allah
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
11. Menunaikan haji dan umrah
12. Membentuk silaturrahim
13. Berumahtangga (bagi yg belum)
14. Berhijrah ke Jalan Allah
15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat…



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...