ahli cute miut

Friday, February 26, 2010

Avatar


best jugak cite avatar nie...mula2 masa hubby ajak tgk wayang aku tak nak,takut tak best...lagi pun alasan aku sebab anak kocik aku tu sat lagi melalak plak dalam panggung malu aku weiii...hahahaha
so tgk DVD jer le kat umah...best gak cite tu,walau pun ada gak le benda yg mcm tak masuk akalkan...tapi just movie,aku best layan cite tu sampai 3 kali..anak2 aku tak usah katalah mmg berkali2...selagi tak rosak,tu jelah diulang2 hahaha

Rombongan pak harun...

dah lama aku nak upload gambar2 anak2 pak harun n makcik ila ni tapi tak kesampaian bila hubby bawak camera gi site huhuhu...so hari ni baru le aku buh gambar2 anak2 pak harun yg comel2 nie...CNY hari tu pak harun datang umah aku dari ipoh perak...dah lama nak datangnye..akhirnya sampai gak le,deme tu pun setelah beranak 6 hehehehe...layanzzz je le gambo2 nie...=)




Al-fatihah

hari ini genaplah 5 tahun permergian papa...rindunya rasa,maklumlah aku mmg terlalu rapat dengan arwah papa..tapi allah sayangkan papa...semoga papa aman disana.
ya allah kau cucurilah rahmatmu keatas roh papaku...tempatkanlah dia disisimu ya allah..amin.

Wednesday, February 17, 2010

WAHAI EMPAT ORG ISTERIKU

Suatu ketika,ada seorang pedagang kaya yg mempunyai empat org isteri.Dia mencintai isteri yg keempat dan memberikan harta dan kesenangan yg banyak kepadanya.sebab,isteri keempat adalah yg tercantik diantara kesemua isterinaya.maka,tidak hairan lelaki ini sering memberikan yg terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.dia sangat bangga dangan isterinya ini,dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.
Begitu juga dengan isteri yang kedua.pedagang itu sangat menyayanginya.dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pergertian.bila-bila masa pun apabila pedagang kaya menghadapi masaalah,dia selalu meminta pandangan isteri keduanya ini.dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat yg sulit.
sama halnya dengan isteri pertama.dia adalah pasangan yg sangat setia.dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang.dialah yg merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi.
Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya,namun pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
suatu ketika pedagang sakit.dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak berapa lama lagi.pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya,dan berkata dalam hati,"saat ini,aku punya empat orang isteri.namun,apabila aku meninggal,aku akan sendiri.betapa sedihnya kerana selepas ini aku terpaksa tinggal sendirian".
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,"kaulah yang paling kucintai,kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah.tidak lama lagi aku akan mati,mahukah kau mendampingi dan menemaniku?"
isteri keempatnya terdiam."tentu saja tidak!"jawap isteri keempatnya,dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.jawapan itu sangat memyakitkan hati pedagang,seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya.
pedagang yg sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya."aku pun mencintaimu sepenuh hati,dan tidak lama lagi hidupku akan berakhir.mahukah kau mengikutku dan menemaniku hingga akhir hayatku?"
isteri ketiganya menjawap,"hidup begitu indah di sini.aku akan menikah lagi jika kau mati."si pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu pedagang bertanya kepada isteri keduannya,"aku selalu mengadu padamu setiap kali menghadapi masaalah.dan kau sering membantuku.kini aku perlu sekali pertolonganmu.kalau aku mati mahukah kau ikut dan mendampingiku?"
si isteri kedua menjawab perlahan,"maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini.aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja.nanti,akan kubuatkan makam yang indah buatmu.
jawapan itu seperti kilat yg menyambar.si pedagang kini berasa putus asa.tiba2 terdengar satu suara."aku akan tinggal denganmu.aku tak akan meninggalkanmu,aku akan setia bersamamu."
si pedagang ,enoleh ke arah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.isteri ertamanya tampak begitu kurus.badannya seperti org yg kelaparan.timbul rasa kesal yg amat sangat dihati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.'Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,tak akan aku biarkan kau seperti ini."isteriku,"kata pedagang kaya dengan linangan air mata penyesalan.
pembaca sekalian,sesungguhnya apa yg berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yg kita lalui.kita mempunyai empat org isteri dlm hidup ini;

ISTEI KEEMPAT adalah tubuh kita.seberapa banyak waktu dan belanja yg kita keluarkan untk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah.semuanya akan hilang.ia akan pergi begitu saja apabila kita mati.tiada keindahhan dan kegagahan yg tersisa saat kita menghadapnya.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.saat kita meninggal,semuanya akan berpindah kepada org lain,waktu beredar,mereka akan melupakan kita yg pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman2.seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka,mereka takkan mampu bersama kita selamanya.hanya sampai kekubur saja mereka hanya menemani kita.
ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amalan kita.kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.namun,sebenarnya,hanya jiwa dan amal kita sajalah yg mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah.hanya amal yg mampu menolong kita di akhirat kelak.

Friday, February 12, 2010

"lentikkan bulu mata"


sesiapa yang rase bulu matanya tak cukup lentik,mari cuba petua ni..ambil sikit jadi le,pokok lidah buaya..ambil lendirnya dan sapu pada bulu mata...buat sebelum nak masuk tido...kalau rasa sebelum nak tido tu nak basuh pun boleh nak terus bawak ke tido,esok basuh pun boleh...ikut suke muu le...fikir lah sendiri hehehehe

Thursday, February 11, 2010

Terkenang le pulak!!!!

melihat anak2 bermain...terkenang pulak zaman kanak2 aku dulu..berbeza dangan budak2 sekarang...kalau dulu nak main kat laman umah...main kejar2,main konda kondi,main galah panjang...main aci nyorok...dan yg paling best tangkap ikan kat dalam parit...hahaha,best giler jadi budak2,tak payah fikir masaalah...
aku ingat masa aku kecik...pagi2 lagi dah gi main...panjat pokok jambu,main dalam parit dengan tak berbaju hehehehe "kira sexy jugak aku masa kecik'hehehe
bila dah gi tadika...suke gaduh ngan budak laki,macam mafia hahaha...balik umah plak tak kira benda lain selain dari main...tak kiralah main ape...sorang2 aku pun jadikk....bila dah beso skit dah tak main2 dalam parit dah...tukarrr,main nyanyi2,main fashion show huhuhu yg paling lawak main kawin2...kelakar gak bila ingat sume tu...bila aku dah lagi beso lain plak keje aku...jaga adik2,kadang2 bagi adik mkn,bawak main kat laman...yg paling aku malas bila time basuh berak deme..adoiii hahaha kadang2 aku cubit bontot adik2 aku...mcm2kan zaman budak2lah yg paling best...bila dah remaja lain plak citenye,tapi aku ni mmg tak pandai pasal bab bf2 nie,ade tu adelah tapi cinta berokkk huhuhu...maklum le aku dulu sekolah sume pompuan...
budak2 skrg nie,celik mata je dah terdedah ngan benda yg cangih2...botol susu pun dah cangih...zaman teknologi yg serba serbi cangih...baju sekolah pun pakai canggih hahahaha...kalau main pun...game on9,tak payah tgk budak2 lain anak aku sendiri dah cukup...tapi dah sekolah ni aku hadkan...tak boleh le game je...pelajaran lagi penting...betui tak???

"KALAU DAH NAMA PUN MAK"

baru je mak aku calling aku...boleh dikatakan keraplah dia call anaknya nie...dalam seminggu 4-5 hari tu mesti dia call...ermmm tulah dia mak aku,walaupun aku nie dah berlaki dia tetap akan call tanya khabo aku dan cucu2nya...lain kalau mak sendirikan...!!!!anak2 sentiasa berada dekat dalam hati dia...lembut suara dia,rindu!!!!walau pun dapat ckp kejap je(sebab beteri hp mak aku dah bagi signal)tapi aku rasa seronok dengar suara dia yg sedang gumbira(kakak aku nak balik dari terenganu ptg nie)sedih tak dapat balik bergumbira bersama2!!!
tapi yg paling penting...bila dah nak letak phone...
"bye2 mama,i love u,muah...muah...muah...assalammualaikum...bye!!!!!;D
Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...