ahli cute miut

Wednesday, February 17, 2010

WAHAI EMPAT ORG ISTERIKU

Suatu ketika,ada seorang pedagang kaya yg mempunyai empat org isteri.Dia mencintai isteri yg keempat dan memberikan harta dan kesenangan yg banyak kepadanya.sebab,isteri keempat adalah yg tercantik diantara kesemua isterinaya.maka,tidak hairan lelaki ini sering memberikan yg terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.dia sangat bangga dangan isterinya ini,dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.
Begitu juga dengan isteri yang kedua.pedagang itu sangat menyayanginya.dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pergertian.bila-bila masa pun apabila pedagang kaya menghadapi masaalah,dia selalu meminta pandangan isteri keduanya ini.dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat yg sulit.
sama halnya dengan isteri pertama.dia adalah pasangan yg sangat setia.dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang.dialah yg merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi.
Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya.walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya,namun pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
suatu ketika pedagang sakit.dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak berapa lama lagi.pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya,dan berkata dalam hati,"saat ini,aku punya empat orang isteri.namun,apabila aku meninggal,aku akan sendiri.betapa sedihnya kerana selepas ini aku terpaksa tinggal sendirian".
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,"kaulah yang paling kucintai,kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah.tidak lama lagi aku akan mati,mahukah kau mendampingi dan menemaniku?"
isteri keempatnya terdiam."tentu saja tidak!"jawap isteri keempatnya,dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.jawapan itu sangat memyakitkan hati pedagang,seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya.
pedagang yg sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya."aku pun mencintaimu sepenuh hati,dan tidak lama lagi hidupku akan berakhir.mahukah kau mengikutku dan menemaniku hingga akhir hayatku?"
isteri ketiganya menjawap,"hidup begitu indah di sini.aku akan menikah lagi jika kau mati."si pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu pedagang bertanya kepada isteri keduannya,"aku selalu mengadu padamu setiap kali menghadapi masaalah.dan kau sering membantuku.kini aku perlu sekali pertolonganmu.kalau aku mati mahukah kau ikut dan mendampingiku?"
si isteri kedua menjawab perlahan,"maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini.aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja.nanti,akan kubuatkan makam yang indah buatmu.
jawapan itu seperti kilat yg menyambar.si pedagang kini berasa putus asa.tiba2 terdengar satu suara."aku akan tinggal denganmu.aku tak akan meninggalkanmu,aku akan setia bersamamu."
si pedagang ,enoleh ke arah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.isteri ertamanya tampak begitu kurus.badannya seperti org yg kelaparan.timbul rasa kesal yg amat sangat dihati pedagang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.'Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,tak akan aku biarkan kau seperti ini."isteriku,"kata pedagang kaya dengan linangan air mata penyesalan.
pembaca sekalian,sesungguhnya apa yg berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yg kita lalui.kita mempunyai empat org isteri dlm hidup ini;

ISTEI KEEMPAT adalah tubuh kita.seberapa banyak waktu dan belanja yg kita keluarkan untk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah.semuanya akan hilang.ia akan pergi begitu saja apabila kita mati.tiada keindahhan dan kegagahan yg tersisa saat kita menghadapnya.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita.saat kita meninggal,semuanya akan berpindah kepada org lain,waktu beredar,mereka akan melupakan kita yg pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman2.seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka,mereka takkan mampu bersama kita selamanya.hanya sampai kekubur saja mereka hanya menemani kita.
ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amalan kita.kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.namun,sebenarnya,hanya jiwa dan amal kita sajalah yg mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah.hanya amal yg mampu menolong kita di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...